Wednesday, 22 August 2012

Photo 

Di atas, adalah gambar saya sekeluarga. Ibu bapa, kakak, dan tiga abang. Kami menggunakan pelbagai butang baju, bagi lelaki, untuk menyerlahkan warna yang boleh dilihat dari jauh. Mereka juga menggunakan kain samping dan songkok untuk melengkapkan baju kurung mereka yang agak kurang menarik sebelum memakainya. Untuk perempuan pula, kami menggunakan tudung yang sedondon dengan baju kurung kami, iaitu berwarna ungu. Kami juga telah menggunakan pelbagai corak dan warna untuk mencantikkan tudung kami. Juga, kami menggunakan jam emas dan perak untuk bercantik agar tangan kami tidak kelihatan kosong. Kami memilih baju raya yang berwarna ungu kerana kehendak kakak saya. Tahun ini, giliran kakak untuk memilih warna apa untuk memakai pada bulan raya. Setiap tahun, kami akan menunggu giliran kami untuk memilih warna yang sesuai untuk memakai pada bulan raya. Bagi corak-corak di baju kurung kami, kami yang memilih corak-corak sendiri, kecuali saya. Kakak saya yang membelikan baju kurung saya, iaitu bersamaan corak. Saya hanya menunggu baju kurung saya untuk dibeli dan hanya memakainya pada bulan raya. Jika saya tidak silap, kakak saya membelinya pada waktu malam, selepas berbuka puasa di rumah. Dia ke Geylang, menaiki motor.



  


- Baju Telok Blanga yang dipakai oleh anak-anak yang comel itu. Juga, ditambahi dengan kain samping dan songkok.







- Di sebelah kanan, terdapat kebaya yang telah digunakan dengan kerongsang dan anting-anting.





- Di bawah pula, pakaian cina, yang bernama cheongsam. Ia dipakai oleh kaum wanita.

Thursday, 2 August 2012

E-mel Rasmi Jenis Undangan

Daripada : farhana@budaya.com
Kepada : adlin@oceanview.edu.sg
Subjek : Penceramah Undangan Minggu Permainan Tradisional


Adlin,


Saya sudah menerima emel anda pada dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan anda sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekolah Menengah Ocean View. Dengan berbesar hati, saya menerima undangan anda. Berikut adalah perincian ceramah saya.


Pertama, ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam, saya akan berkongsi pengalaman tentang beberapa permainan tradisional melayu. Saya akan menggunakan slaid titik kuasa untuk bercerita serba sedikit tentang permainan tradisional melayu. Juga, saya akan naik muatkan sebuah rakaman, menunjukkan cara-cara bagaimana permainan itu dimainkan.


Selanjutnya, saya akan mengadakan sesi demonstrasi yang interaktif. Saya akan menunjukkan mereka cara-cara untuk bermain gasing. Malah, saya bercadang untuk memanggil anak murid, ataupun guru untuk cuba melakukan permainan itu. Jika ada masa, saya akan mengadakan sebuah pertandingan mini untuk guru dan anak murid.


Terakhir sekali, saya memerlukan peralatan berikut. Iaitu beberapa gasing untuk menunjukkan demonstrasi dan pertandingan mini. Juga, komputer riba, untuk menunjukkan slaid titik kuasa yang telah saya cipta. Dan semestinya, saya memerlukan mikrofon untuk berinteraksi bersama anak murid dan guru di sekolah anda.


Saya berharap melalui ceramah ini, ia akan menggalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan tradisional Melayu. Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat. Sehingga kita bertemu nanti.


Terima Kasih
Yang benar,
Puan Farhana

Thursday, 26 July 2012

Ada apa pada gambar 2 ?



Dalam gambar ini, terdapat beberapa murid darjah yang sedang bermain congkak. Ada juga daripada mereka sedang memerhatikan permainan itu yang dimainkan oleh rakan-rakannya. Kemungkinan, mereka bermain congkak pada waktu rehat, di dalam bilik darjah kerana mereka sedang memakai seragam sekolah. Mungkin, hari itu adalah hari keharmonian kaum. Malah, mereka bermain permainan tradisional melayu. Dua budak perempuan sedang bermain congkak sambil duduk bertentangan. Sedang mereka bermain congkak, rakan-rakan mereka memerhatikan langkah mereka. Jika saya berada dalam situasi mereka, saya akan berasa terhibur kerana saya gemar bermain congkak. Apatah lagi, bermain bersama rakan-rakan. Watak dalam gambar ini yang menarik perhatian saya adalah perempuan yang sedang meletakkan guli di dalam lubang yang terletak di sana. Pada saya, ia menarikkan perhatian saya kerana dia sedang bersaing dengan rakannya. Kelihatan dia amat tekun bermain congkak. Nilai yang boleh kami pelajari dari gambar ini adalah bermain secara jujur. Jika kami tidak jujur dengan bermain permainan ini, rakan-rakan kami tidak akan mempercayai dan bersaing bersama kami lagi. Juga, dengan bersaing bersama rakan, kami dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Tuesday, 24 July 2012

Permainan dahulu dan sekarang





Congkak
Pada pendapat saya, permainan tradisional menarik kerana kami boleh bermain permainan-permainan itu bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja. Malah, ia amat menyeronokkan ! Apatah lagi jika kami tahu bermain permainan itu ! Dengan bermain permainan tradisional ini pada masa sekarang, kami boleh mempelajari sesuatu tentang permainan-permainan yang telah dimain oleh orang tua kami waktu muda dahulu. Lalu, kami boleh bermesra dengan rakan-rakan kami dengan bermain permainan tradisional dahulu. Ia juga menarik kerana kami boleh mencabar seseorang untuk bermain permainan itu. Saya amat gemar permainan-permainan tradisional kerana ia amat menarik dan tidak memenatkan. Malah, ia hanya perlu menggunakan tangan atau kaki untuk beraksi.

Cara-cara untuk melestarikan permainan tradisional Melayu di kalangan pelajar adalah ; untuk mengenalkan permainan-permainan tradisional Melayu ini pada kanak-kanak pada masa hadapan. Malah, kami boleh membawa permainan-permainan Melayu itu ke sekolah. Dengan melakukan begitu, kami boleh melestarikan permainan tradisional Melayu. Malah, mengenal pasti dan lebih tentang permainan tradisional Melayu itu. Juga, kami boleh menyuruh guru-guru kami untuk mengambil sebahagian daripada waktu kelas untuk bermain permainan-permainan Melayu itu di sekolah. Dengan cara itu, permainan tradisional Melayu akan dilestarikan di kalangan pelajar.


Permainan yang saya gemar adalah permainan tradisional. Ia adalah batu seremban. Saya tidak tahu mengapa saya gemar dengan bermain itu, tetapi ia amat menarik. Pada saya, permainan itu boleh dimainkan secara individu. Pada bila-bila masa sahaja, saya boleh bermain permainan itu. Permainan itu mengajar saya untuk menimbang sesuatu daripada satu peringkat ke satu peringkat. Jika rakan saya ada bersama waktu saya sedang bermain batu seremban, saya akan mengajak nya untuk bermain bersama. Malah, saya akan mencabarnya untuk bermain batu seremban sehingga tamat. Tetapi, selepas saya bermain batu seremban sehingga tamat, saya akan mengulangi permainan itu lebih daripada dua kali. Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia amat menarik !


Batu Seremban

Wednesday, 4 July 2012

Kebersihan sekitaran menjamin kebahagiaan

 

Saya setuju bahawa kami harus menjaga persekitaran, untuk menjamin kebahagiaan. Dengan menjaga kebersihan persekitaran, hidup akan nyaman kerana tiada nyamuk akan membiak merata-rata tempat. Salah satu contohnya adalah supaya jangan membuang sampah merata-rata. Jika kami melakukan sebaliknya, binatang-binatang akan ke mari. Dan, jika nyamuk membiak, orang-orang yang berdekatan di sana akan menghadapi penyakit demam denggi. Tetapi, jika kami menjaga persekitaran, ia akan menjaminkan kebahagiaan kerana tiada penyakit akan disebarkan. Jadi, kebersihan persekitaran amat penting dan akan menjamin kebahagiaan !! =)

Cara-cara kita boleh mencegah demam denggi

Untuk mencegah demam denggi, kami boleh menggunakan penghalau serangga pada permukaan kulit terbongkar apabila di luar, terutama pada siang hari. Supaya nyamuk tidak akan menghisap darah kami, dan ia juga suka menghisap darah pada waktu siang. Menghapuskan poket air bertakung yang bertindak sebagai tempat pembiakan nyamuk di rumah, tempat kerja dan sekitar kami. Jangan menyimpan air di dalam bekas terbuka, kerana nyamuk akan membiak di sana. Meliputkan semua bekas air dengan tudung. Jika tidak, nyamuk juga akan membiak di sana kerana nyamuk suka membiak dia air untuk telur-telur nya.  Menggunakan kelambu (mosquito nets) di rumah. Akhirnya, tutup sebuah tangki atas untuk menghalang akses kepada nyamuk.


Aku Seekor Nyamuk Aedes


Aku boleh bertelur dan menjadi larva, kurang dari sehari. Larva pula mengambil lebih kurang dari empat hari untuk bertukar menjadi jentik-jentik. Dan dari situ, nyamuk akan timbul selepas dua hari. Selepas tiga hari, aku (nyamuk) akan menghisap darah manusia dan kitaran akan berulang lagi. Ia mengambil seminggu untuk menghabiskan proses itu. Nyamuk betina juga menghisap darah kerana ia memerlukan khasiat di dalam darah untuk membiak. Aku menghisap darah pada waktu siang hingga ke petang. Purata jangka hayat nyamuk aedes ialah dua minggu. Aku boleh bertelur kira-kira 3 kali dalam hayatnya, dan kira-kira 100 telur yang dihasilkan setiap kali. Telur-telur ini boleh diambil dorman dalam keadaan kering sehingga kira-kira 9 bulan, selepas mana mereka dapat menetaskan jika terdedah kepada keadaan yang menggalakkan, iaitu air dan makanan.

Tuesday, 17 April 2012

Peribahasa menengah 2

Pada pendapat saya,  belajar peribahasa boleh menyeronokkan. Peribahasa boleh membantu saya agar menggunakan peribahasa-peribahasa untuk menunjukkan sesuatu.

Friday, 23 March 2012

Wednesday, 21 March 2012

Ada apa pada gambar ?



Menonton persembahan di Museum Bukit Chandu




Salah satu pameran di museum Bukit Chandu



 Pintu masuk Museum Bukit Chandu



--> Apakah yang terlibat dalam gambar itu?
  • Murid-murid
  • Guru
--> Apakah yang dilakukan oleh watak-watak  terlibat?
  • Mereka sedang membuat persembahan.
  • Mereka sedang memancarkan barang-barang lama.
--> Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
  • Mereka ingin mengajar dan menceritakan kisah-kisah dahulu kepada murid-murid sekolah.


--> Di mana perkara itu dilakukan?
  • Di Museum Bukit Chandu.
-->  Bila perkara/kelakuan itu berlaku?
  • Mungkin perkara itu berlaku semasa waktu sekolah kerana murid-murid telah memakai baju sekolah mereka.
--> Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
  • Murid-murid dan guru sedang duduk di hadapan watak-watak itu, khusyuk menonton persembahan watak-watak yang dilakonkan itu.
  • Mereka mempersembahkan di hadapan murid-murid itu.
  • Mereka meletakkan barang-barang yang bersejarah di satu kawasan dan menyusun barang-barang itu dengan kemas.
--> Perasaan watak-watak?
  • Murid-murid mungkin terhibur oleh persembahan dari watak-watak itu.
--> Perasaan kamu mengenai adegan itu?
  • Saya berasa terhibur kerana mereka ingin kongsi tentang sejarah dahulu kepada murid-murid untuk mengetahui tentang sejarah yang telah berlaku dahulu.
--> Apakah yang kamu pelajari daripada gambar itu?
  • Saya mempelajari supaya jangan lupakan sejarah yang telah dibina waktu dahulu. Dan ambil tahu tentang sejarah yang telah berlaku.
--> Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada gambar-gambar itu dalam kehidupan kamu seharian?
  • Supaya kongsi tentang sejarah-sejarah dahulu kepada keluarga dan kawan-kawan saya.


Friday, 9 March 2012

Filem klasik Melayu pertama


Adegan klasik kedua yang saya suka tonton adalah filem Nujum Pak Belalang.


--> Siapakah yang terlibat dalam klip video ini ?
  • Berdasarkan klip video di atas, ia melibatkan watak Badan (Aziz Satar) dan Nyawa (S.Shamsudin).
--> Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat ?
  • Badan dan Nyawa sedang membahagikan harta benda yang telah dicuri di Istana Sultan.
--> Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian ?
  • Mereka ingin menjadi kaya, namun mereka adalah pencuri.
--> Di mana perkara itu dilakukan ?
  • Di Bukit Tunggal
--> Bila perkara/kelakuan itu berlaku ?
  • Mungkin malam, kerana apabila mereka mencuri harta benda dari Istana Sultan, hari kelihatan gelap.
--> Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu ?
  • Mereka duduk di dalam Bukit Tunggal itu dan membahagikan harta benda itu dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disebut oleh Badan.
--> Perasaan watak-watak ?
  • Mereka kelihatan gembira kerana telah dapat mencuri harta benda dan membahagikannya antara satu sama lain.
--> Perasaan kamu mengenai adegan itu ?
  • Saya berasa gembira sehinggakan saya ketawa terbahak-bahak disebabkan lakonan yang Nyawa dan Badan telah lakonkan teramat menarik perhatian saya dan ia nya amat lucu !
--> Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu ?
  • Saya mempelajari untuk membahagikan sesuatu benda rata antara satu sama lain.
  • Supaya tidak menjadi orang yang kedekut.
--> Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan ?
  • Bahagikan sesuatu benda sesama rata dengan siapa pun yang berada di sisi saya.

Filem klasik Melayu kedua


Satu filem klasik yang saya suka tonton adalah filem Nujum Pak Belalang.


--> Siapakah yang terlibat dalam klip video ini ?
  • Berdasarkan klip video di atas, ia melibatkan watak Belalang, Pak Belalang serta penduduk kampung.
--> Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat ?
  • Pak Belalang asyik membuta sahaja.
  • Belalang pula asyik bekerja tidak henti.
  • Penduduk kampung bekerja di pekan.
--> Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian ?
  • Pak Belalang tidak mahu bekerja kerana dia seorang yang pemalas.
  • Belalang asyik bekerja kerana jika tiada orang rumahnya yang bekerja, Belalang dan ayahnya tidak ada makanan untuk makan dan minum. 
  • Penduduk kampung bekerja untuk mendapatkan wang untuk membeli makanan dan minuman untuk keluarga mereka.
--> Di mana perkara itu dilakukan ?
  • Di pekan
  • Di rumah
--> Bila perkara/kelakuan itu berlaku ?
  • Waktu siang, semasa penduduk-penduduk kampung sedang bekerja.
--> Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu ?
  • Pak Belalang membuta di ruang tamu sehingga hari sudah petang.
  • Belalang dan penduduk-penduduk kampung menanam dan menggali tanah-tanah yang diperlukan.
--> Perasaan watak-watak ?
  • Pak Belalang berasa malas hendak bekerja.
  • Belalang dan penduduk-penduduk kampung mungkin berasa penat kerana telah bekerja sehingga hari sudah petang.
--> Perasaan kamu mengenai adegan itu ?
  • Saya kesian kan Belalang kerana dia yang harus melakukan semua kerja semata-mata untuk dia dan ayahnya untuk makan dan minum. 
  • Kadang-kala, saya berasa marah terhadap Pak Belalang kerana bersikap malas. 
--> Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu ?
  • Saya pelajari supaya tidak menjadi murid yang pemalas kerana saya tidak mahu minum air kopi yang diperbuat oleh benda-benda yang kotor dan tidak menyihatkan badan saya.
--> Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan ?
  • Saya akan mengikut sikap Belalang, supaya tidak menjadi seorang yang pemalas seperti Pak Belalang. Jika saya menjadi seperti ayahnya,  ia tidak akan mendapatkan apa-apa yang saya ingin kan. 


Wednesday, 8 February 2012

Hobi dan makanan kegemaran saya

Saya gemar memakan Mi Sup, bersamaan bebola daging kerana ia sungguh lazat. Terutamanya, bersama cili padi. Banyak perisa yang dinikmati apabila memakannya. Aktiviti kegemaran saya pula adalah melukis !! Saya suka melukis kerana ia menenangkan fikiran saya. Saya juga dapat melukis gambar-gambar yang saya gemar untuk melihat.
Ini adalah mi sup bersamaan bebola daging

Wednesday, 18 January 2012

Gambar bersama kakak saya


Nama saya Haziqah. Ini adalah gambar saya bersama kakak saya. Pada waktu itu, kami sedang berada di Melaka. Tujuan kami ke sana adalah untuk ke jemputan kahwin kakak saudara saya. Tetapi, pada waktu itu, kami sedang berada di luar halaman rumah Rosevilla di Melaka. Sementara menunggu saudara-mara kami untuk siap, kami ambil gambar.