Friday, 9 March 2012

Filem klasik Melayu kedua


Satu filem klasik yang saya suka tonton adalah filem Nujum Pak Belalang.


--> Siapakah yang terlibat dalam klip video ini ?
  • Berdasarkan klip video di atas, ia melibatkan watak Belalang, Pak Belalang serta penduduk kampung.
--> Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat ?
  • Pak Belalang asyik membuta sahaja.
  • Belalang pula asyik bekerja tidak henti.
  • Penduduk kampung bekerja di pekan.
--> Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian ?
  • Pak Belalang tidak mahu bekerja kerana dia seorang yang pemalas.
  • Belalang asyik bekerja kerana jika tiada orang rumahnya yang bekerja, Belalang dan ayahnya tidak ada makanan untuk makan dan minum. 
  • Penduduk kampung bekerja untuk mendapatkan wang untuk membeli makanan dan minuman untuk keluarga mereka.
--> Di mana perkara itu dilakukan ?
  • Di pekan
  • Di rumah
--> Bila perkara/kelakuan itu berlaku ?
  • Waktu siang, semasa penduduk-penduduk kampung sedang bekerja.
--> Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu ?
  • Pak Belalang membuta di ruang tamu sehingga hari sudah petang.
  • Belalang dan penduduk-penduduk kampung menanam dan menggali tanah-tanah yang diperlukan.
--> Perasaan watak-watak ?
  • Pak Belalang berasa malas hendak bekerja.
  • Belalang dan penduduk-penduduk kampung mungkin berasa penat kerana telah bekerja sehingga hari sudah petang.
--> Perasaan kamu mengenai adegan itu ?
  • Saya kesian kan Belalang kerana dia yang harus melakukan semua kerja semata-mata untuk dia dan ayahnya untuk makan dan minum. 
  • Kadang-kala, saya berasa marah terhadap Pak Belalang kerana bersikap malas. 
--> Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu ?
  • Saya pelajari supaya tidak menjadi murid yang pemalas kerana saya tidak mahu minum air kopi yang diperbuat oleh benda-benda yang kotor dan tidak menyihatkan badan saya.
--> Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan ?
  • Saya akan mengikut sikap Belalang, supaya tidak menjadi seorang yang pemalas seperti Pak Belalang. Jika saya menjadi seperti ayahnya,  ia tidak akan mendapatkan apa-apa yang saya ingin kan. 


No comments:

Post a Comment