Friday, 9 March 2012

Filem klasik Melayu pertama


Adegan klasik kedua yang saya suka tonton adalah filem Nujum Pak Belalang.


--> Siapakah yang terlibat dalam klip video ini ?
  • Berdasarkan klip video di atas, ia melibatkan watak Badan (Aziz Satar) dan Nyawa (S.Shamsudin).
--> Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat ?
  • Badan dan Nyawa sedang membahagikan harta benda yang telah dicuri di Istana Sultan.
--> Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian ?
  • Mereka ingin menjadi kaya, namun mereka adalah pencuri.
--> Di mana perkara itu dilakukan ?
  • Di Bukit Tunggal
--> Bila perkara/kelakuan itu berlaku ?
  • Mungkin malam, kerana apabila mereka mencuri harta benda dari Istana Sultan, hari kelihatan gelap.
--> Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu ?
  • Mereka duduk di dalam Bukit Tunggal itu dan membahagikan harta benda itu dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disebut oleh Badan.
--> Perasaan watak-watak ?
  • Mereka kelihatan gembira kerana telah dapat mencuri harta benda dan membahagikannya antara satu sama lain.
--> Perasaan kamu mengenai adegan itu ?
  • Saya berasa gembira sehinggakan saya ketawa terbahak-bahak disebabkan lakonan yang Nyawa dan Badan telah lakonkan teramat menarik perhatian saya dan ia nya amat lucu !
--> Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu ?
  • Saya mempelajari untuk membahagikan sesuatu benda rata antara satu sama lain.
  • Supaya tidak menjadi orang yang kedekut.
--> Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan ?
  • Bahagikan sesuatu benda sesama rata dengan siapa pun yang berada di sisi saya.

No comments:

Post a Comment