Congkak |
Cara-cara untuk melestarikan permainan tradisional Melayu di kalangan pelajar adalah ; untuk mengenalkan permainan-permainan tradisional Melayu ini pada kanak-kanak pada masa hadapan. Malah, kami boleh membawa permainan-permainan Melayu itu ke sekolah. Dengan melakukan begitu, kami boleh melestarikan permainan tradisional Melayu. Malah, mengenal pasti dan lebih tentang permainan tradisional Melayu itu. Juga, kami boleh menyuruh guru-guru kami untuk mengambil sebahagian daripada waktu kelas untuk bermain permainan-permainan Melayu itu di sekolah. Dengan cara itu, permainan tradisional Melayu akan dilestarikan di kalangan pelajar.
Permainan yang saya gemar adalah permainan tradisional. Ia adalah batu seremban. Saya tidak tahu mengapa saya gemar dengan bermain itu, tetapi ia amat menarik. Pada saya, permainan itu boleh dimainkan secara individu. Pada bila-bila masa sahaja, saya boleh bermain permainan itu. Permainan itu mengajar saya untuk menimbang sesuatu daripada satu peringkat ke satu peringkat. Jika rakan saya ada bersama waktu saya sedang bermain batu seremban, saya akan mengajak nya untuk bermain bersama. Malah, saya akan mencabarnya untuk bermain batu seremban sehingga tamat. Tetapi, selepas saya bermain batu seremban sehingga tamat, saya akan mengulangi permainan itu lebih daripada dua kali. Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia amat menarik !
Batu Seremban |
No comments:
Post a Comment