Daripada : farhana@budaya.com
Kepada : adlin@oceanview.edu.sg
Subjek : Penceramah Undangan Minggu Permainan Tradisional
Adlin,
Saya sudah menerima emel anda pada dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan anda sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekolah Menengah Ocean View. Dengan berbesar hati, saya menerima undangan anda. Berikut adalah perincian ceramah saya.
Pertama, ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam, saya akan berkongsi pengalaman tentang beberapa permainan tradisional melayu. Saya akan menggunakan slaid titik kuasa untuk bercerita serba sedikit tentang permainan tradisional melayu. Juga, saya akan naik muatkan sebuah rakaman, menunjukkan cara-cara bagaimana permainan itu dimainkan.
Selanjutnya, saya akan mengadakan sesi demonstrasi yang interaktif. Saya akan menunjukkan mereka cara-cara untuk bermain gasing. Malah, saya bercadang untuk memanggil anak murid, ataupun guru untuk cuba melakukan permainan itu. Jika ada masa, saya akan mengadakan sebuah pertandingan mini untuk guru dan anak murid.
Terakhir sekali, saya memerlukan peralatan berikut. Iaitu beberapa gasing untuk menunjukkan demonstrasi dan pertandingan mini. Juga, komputer riba, untuk menunjukkan slaid titik kuasa yang telah saya cipta. Dan semestinya, saya memerlukan mikrofon untuk berinteraksi bersama anak murid dan guru di sekolah anda.
Saya berharap melalui ceramah ini, ia akan menggalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan tradisional Melayu. Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat. Sehingga kita bertemu nanti.
Terima Kasih
Yang benar,
Puan Farhana
No comments:
Post a Comment