Dalam gambar ini, terdapat beberapa murid darjah yang sedang bermain congkak. Ada juga daripada mereka sedang memerhatikan permainan itu yang dimainkan oleh rakan-rakannya. Kemungkinan, mereka bermain congkak pada waktu rehat, di dalam bilik darjah kerana mereka sedang memakai seragam sekolah. Mungkin, hari itu adalah hari keharmonian kaum. Malah, mereka bermain permainan tradisional melayu. Dua budak perempuan sedang bermain congkak sambil duduk bertentangan. Sedang mereka bermain congkak, rakan-rakan mereka memerhatikan langkah mereka. Jika saya berada dalam situasi mereka, saya akan berasa terhibur kerana saya gemar bermain congkak. Apatah lagi, bermain bersama rakan-rakan. Watak dalam gambar ini yang menarik perhatian saya adalah perempuan yang sedang meletakkan guli di dalam lubang yang terletak di sana. Pada saya, ia menarikkan perhatian saya kerana dia sedang bersaing dengan rakannya. Kelihatan dia amat tekun bermain congkak. Nilai yang boleh kami pelajari dari gambar ini adalah bermain secara jujur. Jika kami tidak jujur dengan bermain permainan ini, rakan-rakan kami tidak akan mempercayai dan bersaing bersama kami lagi. Juga, dengan bersaing bersama rakan, kami dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment