Wednesday, 22 August 2012

Photo 

Di atas, adalah gambar saya sekeluarga. Ibu bapa, kakak, dan tiga abang. Kami menggunakan pelbagai butang baju, bagi lelaki, untuk menyerlahkan warna yang boleh dilihat dari jauh. Mereka juga menggunakan kain samping dan songkok untuk melengkapkan baju kurung mereka yang agak kurang menarik sebelum memakainya. Untuk perempuan pula, kami menggunakan tudung yang sedondon dengan baju kurung kami, iaitu berwarna ungu. Kami juga telah menggunakan pelbagai corak dan warna untuk mencantikkan tudung kami. Juga, kami menggunakan jam emas dan perak untuk bercantik agar tangan kami tidak kelihatan kosong. Kami memilih baju raya yang berwarna ungu kerana kehendak kakak saya. Tahun ini, giliran kakak untuk memilih warna apa untuk memakai pada bulan raya. Setiap tahun, kami akan menunggu giliran kami untuk memilih warna yang sesuai untuk memakai pada bulan raya. Bagi corak-corak di baju kurung kami, kami yang memilih corak-corak sendiri, kecuali saya. Kakak saya yang membelikan baju kurung saya, iaitu bersamaan corak. Saya hanya menunggu baju kurung saya untuk dibeli dan hanya memakainya pada bulan raya. Jika saya tidak silap, kakak saya membelinya pada waktu malam, selepas berbuka puasa di rumah. Dia ke Geylang, menaiki motor.



  


- Baju Telok Blanga yang dipakai oleh anak-anak yang comel itu. Juga, ditambahi dengan kain samping dan songkok.







- Di sebelah kanan, terdapat kebaya yang telah digunakan dengan kerongsang dan anting-anting.





- Di bawah pula, pakaian cina, yang bernama cheongsam. Ia dipakai oleh kaum wanita.

Thursday, 2 August 2012

E-mel Rasmi Jenis Undangan

Daripada : farhana@budaya.com
Kepada : adlin@oceanview.edu.sg
Subjek : Penceramah Undangan Minggu Permainan Tradisional


Adlin,


Saya sudah menerima emel anda pada dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan anda sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekolah Menengah Ocean View. Dengan berbesar hati, saya menerima undangan anda. Berikut adalah perincian ceramah saya.


Pertama, ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam, saya akan berkongsi pengalaman tentang beberapa permainan tradisional melayu. Saya akan menggunakan slaid titik kuasa untuk bercerita serba sedikit tentang permainan tradisional melayu. Juga, saya akan naik muatkan sebuah rakaman, menunjukkan cara-cara bagaimana permainan itu dimainkan.


Selanjutnya, saya akan mengadakan sesi demonstrasi yang interaktif. Saya akan menunjukkan mereka cara-cara untuk bermain gasing. Malah, saya bercadang untuk memanggil anak murid, ataupun guru untuk cuba melakukan permainan itu. Jika ada masa, saya akan mengadakan sebuah pertandingan mini untuk guru dan anak murid.


Terakhir sekali, saya memerlukan peralatan berikut. Iaitu beberapa gasing untuk menunjukkan demonstrasi dan pertandingan mini. Juga, komputer riba, untuk menunjukkan slaid titik kuasa yang telah saya cipta. Dan semestinya, saya memerlukan mikrofon untuk berinteraksi bersama anak murid dan guru di sekolah anda.


Saya berharap melalui ceramah ini, ia akan menggalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan tradisional Melayu. Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat. Sehingga kita bertemu nanti.


Terima Kasih
Yang benar,
Puan Farhana

Thursday, 26 July 2012

Ada apa pada gambar 2 ?



Dalam gambar ini, terdapat beberapa murid darjah yang sedang bermain congkak. Ada juga daripada mereka sedang memerhatikan permainan itu yang dimainkan oleh rakan-rakannya. Kemungkinan, mereka bermain congkak pada waktu rehat, di dalam bilik darjah kerana mereka sedang memakai seragam sekolah. Mungkin, hari itu adalah hari keharmonian kaum. Malah, mereka bermain permainan tradisional melayu. Dua budak perempuan sedang bermain congkak sambil duduk bertentangan. Sedang mereka bermain congkak, rakan-rakan mereka memerhatikan langkah mereka. Jika saya berada dalam situasi mereka, saya akan berasa terhibur kerana saya gemar bermain congkak. Apatah lagi, bermain bersama rakan-rakan. Watak dalam gambar ini yang menarik perhatian saya adalah perempuan yang sedang meletakkan guli di dalam lubang yang terletak di sana. Pada saya, ia menarikkan perhatian saya kerana dia sedang bersaing dengan rakannya. Kelihatan dia amat tekun bermain congkak. Nilai yang boleh kami pelajari dari gambar ini adalah bermain secara jujur. Jika kami tidak jujur dengan bermain permainan ini, rakan-rakan kami tidak akan mempercayai dan bersaing bersama kami lagi. Juga, dengan bersaing bersama rakan, kami dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Tuesday, 24 July 2012

Permainan dahulu dan sekarang





Congkak
Pada pendapat saya, permainan tradisional menarik kerana kami boleh bermain permainan-permainan itu bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja. Malah, ia amat menyeronokkan ! Apatah lagi jika kami tahu bermain permainan itu ! Dengan bermain permainan tradisional ini pada masa sekarang, kami boleh mempelajari sesuatu tentang permainan-permainan yang telah dimain oleh orang tua kami waktu muda dahulu. Lalu, kami boleh bermesra dengan rakan-rakan kami dengan bermain permainan tradisional dahulu. Ia juga menarik kerana kami boleh mencabar seseorang untuk bermain permainan itu. Saya amat gemar permainan-permainan tradisional kerana ia amat menarik dan tidak memenatkan. Malah, ia hanya perlu menggunakan tangan atau kaki untuk beraksi.

Cara-cara untuk melestarikan permainan tradisional Melayu di kalangan pelajar adalah ; untuk mengenalkan permainan-permainan tradisional Melayu ini pada kanak-kanak pada masa hadapan. Malah, kami boleh membawa permainan-permainan Melayu itu ke sekolah. Dengan melakukan begitu, kami boleh melestarikan permainan tradisional Melayu. Malah, mengenal pasti dan lebih tentang permainan tradisional Melayu itu. Juga, kami boleh menyuruh guru-guru kami untuk mengambil sebahagian daripada waktu kelas untuk bermain permainan-permainan Melayu itu di sekolah. Dengan cara itu, permainan tradisional Melayu akan dilestarikan di kalangan pelajar.


Permainan yang saya gemar adalah permainan tradisional. Ia adalah batu seremban. Saya tidak tahu mengapa saya gemar dengan bermain itu, tetapi ia amat menarik. Pada saya, permainan itu boleh dimainkan secara individu. Pada bila-bila masa sahaja, saya boleh bermain permainan itu. Permainan itu mengajar saya untuk menimbang sesuatu daripada satu peringkat ke satu peringkat. Jika rakan saya ada bersama waktu saya sedang bermain batu seremban, saya akan mengajak nya untuk bermain bersama. Malah, saya akan mencabarnya untuk bermain batu seremban sehingga tamat. Tetapi, selepas saya bermain batu seremban sehingga tamat, saya akan mengulangi permainan itu lebih daripada dua kali. Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia amat menarik !


Batu Seremban

Wednesday, 4 July 2012

Kebersihan sekitaran menjamin kebahagiaan

 

Saya setuju bahawa kami harus menjaga persekitaran, untuk menjamin kebahagiaan. Dengan menjaga kebersihan persekitaran, hidup akan nyaman kerana tiada nyamuk akan membiak merata-rata tempat. Salah satu contohnya adalah supaya jangan membuang sampah merata-rata. Jika kami melakukan sebaliknya, binatang-binatang akan ke mari. Dan, jika nyamuk membiak, orang-orang yang berdekatan di sana akan menghadapi penyakit demam denggi. Tetapi, jika kami menjaga persekitaran, ia akan menjaminkan kebahagiaan kerana tiada penyakit akan disebarkan. Jadi, kebersihan persekitaran amat penting dan akan menjamin kebahagiaan !! =)

Cara-cara kita boleh mencegah demam denggi

Untuk mencegah demam denggi, kami boleh menggunakan penghalau serangga pada permukaan kulit terbongkar apabila di luar, terutama pada siang hari. Supaya nyamuk tidak akan menghisap darah kami, dan ia juga suka menghisap darah pada waktu siang. Menghapuskan poket air bertakung yang bertindak sebagai tempat pembiakan nyamuk di rumah, tempat kerja dan sekitar kami. Jangan menyimpan air di dalam bekas terbuka, kerana nyamuk akan membiak di sana. Meliputkan semua bekas air dengan tudung. Jika tidak, nyamuk juga akan membiak di sana kerana nyamuk suka membiak dia air untuk telur-telur nya.  Menggunakan kelambu (mosquito nets) di rumah. Akhirnya, tutup sebuah tangki atas untuk menghalang akses kepada nyamuk.