Dalam gambar ini, terdapat beberapa murid darjah yang sedang bermain congkak. Ada juga daripada mereka sedang memerhatikan permainan itu yang dimainkan oleh rakan-rakannya. Kemungkinan, mereka bermain congkak pada waktu rehat, di dalam bilik darjah kerana mereka sedang memakai seragam sekolah. Mungkin, hari itu adalah hari keharmonian kaum. Malah, mereka bermain permainan tradisional melayu. Dua budak perempuan sedang bermain congkak sambil duduk bertentangan. Sedang mereka bermain congkak, rakan-rakan mereka memerhatikan langkah mereka. Jika saya berada dalam situasi mereka, saya akan berasa terhibur kerana saya gemar bermain congkak. Apatah lagi, bermain bersama rakan-rakan. Watak dalam gambar ini yang menarik perhatian saya adalah perempuan yang sedang meletakkan guli di dalam lubang yang terletak di sana. Pada saya, ia menarikkan perhatian saya kerana dia sedang bersaing dengan rakannya. Kelihatan dia amat tekun bermain congkak. Nilai yang boleh kami pelajari dari gambar ini adalah bermain secara jujur. Jika kami tidak jujur dengan bermain permainan ini, rakan-rakan kami tidak akan mempercayai dan bersaing bersama kami lagi. Juga, dengan bersaing bersama rakan, kami dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Thursday, 26 July 2012
Tuesday, 24 July 2012
Permainan dahulu dan sekarang
Congkak |
Cara-cara untuk melestarikan permainan tradisional Melayu di kalangan pelajar adalah ; untuk mengenalkan permainan-permainan tradisional Melayu ini pada kanak-kanak pada masa hadapan. Malah, kami boleh membawa permainan-permainan Melayu itu ke sekolah. Dengan melakukan begitu, kami boleh melestarikan permainan tradisional Melayu. Malah, mengenal pasti dan lebih tentang permainan tradisional Melayu itu. Juga, kami boleh menyuruh guru-guru kami untuk mengambil sebahagian daripada waktu kelas untuk bermain permainan-permainan Melayu itu di sekolah. Dengan cara itu, permainan tradisional Melayu akan dilestarikan di kalangan pelajar.
Permainan yang saya gemar adalah permainan tradisional. Ia adalah batu seremban. Saya tidak tahu mengapa saya gemar dengan bermain itu, tetapi ia amat menarik. Pada saya, permainan itu boleh dimainkan secara individu. Pada bila-bila masa sahaja, saya boleh bermain permainan itu. Permainan itu mengajar saya untuk menimbang sesuatu daripada satu peringkat ke satu peringkat. Jika rakan saya ada bersama waktu saya sedang bermain batu seremban, saya akan mengajak nya untuk bermain bersama. Malah, saya akan mencabarnya untuk bermain batu seremban sehingga tamat. Tetapi, selepas saya bermain batu seremban sehingga tamat, saya akan mengulangi permainan itu lebih daripada dua kali. Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia amat menarik !
Batu Seremban |
Wednesday, 4 July 2012
Kebersihan sekitaran menjamin kebahagiaan
Cara-cara kita boleh mencegah demam denggi
Aku Seekor Nyamuk Aedes
![](http://www.dengue.gov.sg/images/aedes/lifecycle.jpg)
Aku boleh bertelur dan menjadi larva, kurang dari sehari. Larva pula mengambil lebih kurang dari empat hari untuk bertukar menjadi jentik-jentik. Dan dari situ, nyamuk akan timbul selepas dua hari. Selepas tiga hari, aku (nyamuk) akan menghisap darah manusia dan kitaran akan berulang lagi. Ia mengambil seminggu untuk menghabiskan proses itu. Nyamuk betina juga menghisap darah kerana ia memerlukan khasiat di dalam darah untuk membiak. Aku menghisap darah pada waktu siang hingga ke petang. Purata jangka hayat nyamuk aedes ialah dua minggu. Aku boleh bertelur kira-kira 3 kali dalam hayatnya, dan kira-kira 100 telur yang dihasilkan setiap kali. Telur-telur ini boleh diambil dorman dalam keadaan kering sehingga kira-kira 9 bulan, selepas mana mereka dapat menetaskan jika terdedah kepada keadaan yang menggalakkan, iaitu air dan makanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)