Friday, 23 March 2012

Wednesday, 21 March 2012

Ada apa pada gambar ?



Menonton persembahan di Museum Bukit Chandu




Salah satu pameran di museum Bukit Chandu



 Pintu masuk Museum Bukit Chandu



--> Apakah yang terlibat dalam gambar itu?
  • Murid-murid
  • Guru
--> Apakah yang dilakukan oleh watak-watak  terlibat?
  • Mereka sedang membuat persembahan.
  • Mereka sedang memancarkan barang-barang lama.
--> Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
  • Mereka ingin mengajar dan menceritakan kisah-kisah dahulu kepada murid-murid sekolah.


--> Di mana perkara itu dilakukan?
  • Di Museum Bukit Chandu.
-->  Bila perkara/kelakuan itu berlaku?
  • Mungkin perkara itu berlaku semasa waktu sekolah kerana murid-murid telah memakai baju sekolah mereka.
--> Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
  • Murid-murid dan guru sedang duduk di hadapan watak-watak itu, khusyuk menonton persembahan watak-watak yang dilakonkan itu.
  • Mereka mempersembahkan di hadapan murid-murid itu.
  • Mereka meletakkan barang-barang yang bersejarah di satu kawasan dan menyusun barang-barang itu dengan kemas.
--> Perasaan watak-watak?
  • Murid-murid mungkin terhibur oleh persembahan dari watak-watak itu.
--> Perasaan kamu mengenai adegan itu?
  • Saya berasa terhibur kerana mereka ingin kongsi tentang sejarah dahulu kepada murid-murid untuk mengetahui tentang sejarah yang telah berlaku dahulu.
--> Apakah yang kamu pelajari daripada gambar itu?
  • Saya mempelajari supaya jangan lupakan sejarah yang telah dibina waktu dahulu. Dan ambil tahu tentang sejarah yang telah berlaku.
--> Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada gambar-gambar itu dalam kehidupan kamu seharian?
  • Supaya kongsi tentang sejarah-sejarah dahulu kepada keluarga dan kawan-kawan saya.


Friday, 9 March 2012

Filem klasik Melayu pertama


Adegan klasik kedua yang saya suka tonton adalah filem Nujum Pak Belalang.


--> Siapakah yang terlibat dalam klip video ini ?
  • Berdasarkan klip video di atas, ia melibatkan watak Badan (Aziz Satar) dan Nyawa (S.Shamsudin).
--> Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat ?
  • Badan dan Nyawa sedang membahagikan harta benda yang telah dicuri di Istana Sultan.
--> Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian ?
  • Mereka ingin menjadi kaya, namun mereka adalah pencuri.
--> Di mana perkara itu dilakukan ?
  • Di Bukit Tunggal
--> Bila perkara/kelakuan itu berlaku ?
  • Mungkin malam, kerana apabila mereka mencuri harta benda dari Istana Sultan, hari kelihatan gelap.
--> Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu ?
  • Mereka duduk di dalam Bukit Tunggal itu dan membahagikan harta benda itu dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disebut oleh Badan.
--> Perasaan watak-watak ?
  • Mereka kelihatan gembira kerana telah dapat mencuri harta benda dan membahagikannya antara satu sama lain.
--> Perasaan kamu mengenai adegan itu ?
  • Saya berasa gembira sehinggakan saya ketawa terbahak-bahak disebabkan lakonan yang Nyawa dan Badan telah lakonkan teramat menarik perhatian saya dan ia nya amat lucu !
--> Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu ?
  • Saya mempelajari untuk membahagikan sesuatu benda rata antara satu sama lain.
  • Supaya tidak menjadi orang yang kedekut.
--> Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan ?
  • Bahagikan sesuatu benda sesama rata dengan siapa pun yang berada di sisi saya.

Filem klasik Melayu kedua


Satu filem klasik yang saya suka tonton adalah filem Nujum Pak Belalang.


--> Siapakah yang terlibat dalam klip video ini ?
  • Berdasarkan klip video di atas, ia melibatkan watak Belalang, Pak Belalang serta penduduk kampung.
--> Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat ?
  • Pak Belalang asyik membuta sahaja.
  • Belalang pula asyik bekerja tidak henti.
  • Penduduk kampung bekerja di pekan.
--> Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian ?
  • Pak Belalang tidak mahu bekerja kerana dia seorang yang pemalas.
  • Belalang asyik bekerja kerana jika tiada orang rumahnya yang bekerja, Belalang dan ayahnya tidak ada makanan untuk makan dan minum. 
  • Penduduk kampung bekerja untuk mendapatkan wang untuk membeli makanan dan minuman untuk keluarga mereka.
--> Di mana perkara itu dilakukan ?
  • Di pekan
  • Di rumah
--> Bila perkara/kelakuan itu berlaku ?
  • Waktu siang, semasa penduduk-penduduk kampung sedang bekerja.
--> Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu ?
  • Pak Belalang membuta di ruang tamu sehingga hari sudah petang.
  • Belalang dan penduduk-penduduk kampung menanam dan menggali tanah-tanah yang diperlukan.
--> Perasaan watak-watak ?
  • Pak Belalang berasa malas hendak bekerja.
  • Belalang dan penduduk-penduduk kampung mungkin berasa penat kerana telah bekerja sehingga hari sudah petang.
--> Perasaan kamu mengenai adegan itu ?
  • Saya kesian kan Belalang kerana dia yang harus melakukan semua kerja semata-mata untuk dia dan ayahnya untuk makan dan minum. 
  • Kadang-kala, saya berasa marah terhadap Pak Belalang kerana bersikap malas. 
--> Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu ?
  • Saya pelajari supaya tidak menjadi murid yang pemalas kerana saya tidak mahu minum air kopi yang diperbuat oleh benda-benda yang kotor dan tidak menyihatkan badan saya.
--> Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan ?
  • Saya akan mengikut sikap Belalang, supaya tidak menjadi seorang yang pemalas seperti Pak Belalang. Jika saya menjadi seperti ayahnya,  ia tidak akan mendapatkan apa-apa yang saya ingin kan.