Wednesday, 22 August 2012

Photo 

Di atas, adalah gambar saya sekeluarga. Ibu bapa, kakak, dan tiga abang. Kami menggunakan pelbagai butang baju, bagi lelaki, untuk menyerlahkan warna yang boleh dilihat dari jauh. Mereka juga menggunakan kain samping dan songkok untuk melengkapkan baju kurung mereka yang agak kurang menarik sebelum memakainya. Untuk perempuan pula, kami menggunakan tudung yang sedondon dengan baju kurung kami, iaitu berwarna ungu. Kami juga telah menggunakan pelbagai corak dan warna untuk mencantikkan tudung kami. Juga, kami menggunakan jam emas dan perak untuk bercantik agar tangan kami tidak kelihatan kosong. Kami memilih baju raya yang berwarna ungu kerana kehendak kakak saya. Tahun ini, giliran kakak untuk memilih warna apa untuk memakai pada bulan raya. Setiap tahun, kami akan menunggu giliran kami untuk memilih warna yang sesuai untuk memakai pada bulan raya. Bagi corak-corak di baju kurung kami, kami yang memilih corak-corak sendiri, kecuali saya. Kakak saya yang membelikan baju kurung saya, iaitu bersamaan corak. Saya hanya menunggu baju kurung saya untuk dibeli dan hanya memakainya pada bulan raya. Jika saya tidak silap, kakak saya membelinya pada waktu malam, selepas berbuka puasa di rumah. Dia ke Geylang, menaiki motor.



  


- Baju Telok Blanga yang dipakai oleh anak-anak yang comel itu. Juga, ditambahi dengan kain samping dan songkok.







- Di sebelah kanan, terdapat kebaya yang telah digunakan dengan kerongsang dan anting-anting.





- Di bawah pula, pakaian cina, yang bernama cheongsam. Ia dipakai oleh kaum wanita.

Thursday, 2 August 2012

E-mel Rasmi Jenis Undangan

Daripada : farhana@budaya.com
Kepada : adlin@oceanview.edu.sg
Subjek : Penceramah Undangan Minggu Permainan Tradisional


Adlin,


Saya sudah menerima emel anda pada dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan anda sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekolah Menengah Ocean View. Dengan berbesar hati, saya menerima undangan anda. Berikut adalah perincian ceramah saya.


Pertama, ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam, saya akan berkongsi pengalaman tentang beberapa permainan tradisional melayu. Saya akan menggunakan slaid titik kuasa untuk bercerita serba sedikit tentang permainan tradisional melayu. Juga, saya akan naik muatkan sebuah rakaman, menunjukkan cara-cara bagaimana permainan itu dimainkan.


Selanjutnya, saya akan mengadakan sesi demonstrasi yang interaktif. Saya akan menunjukkan mereka cara-cara untuk bermain gasing. Malah, saya bercadang untuk memanggil anak murid, ataupun guru untuk cuba melakukan permainan itu. Jika ada masa, saya akan mengadakan sebuah pertandingan mini untuk guru dan anak murid.


Terakhir sekali, saya memerlukan peralatan berikut. Iaitu beberapa gasing untuk menunjukkan demonstrasi dan pertandingan mini. Juga, komputer riba, untuk menunjukkan slaid titik kuasa yang telah saya cipta. Dan semestinya, saya memerlukan mikrofon untuk berinteraksi bersama anak murid dan guru di sekolah anda.


Saya berharap melalui ceramah ini, ia akan menggalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan tradisional Melayu. Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat. Sehingga kita bertemu nanti.


Terima Kasih
Yang benar,
Puan Farhana